1). Penulisan berita adalah bertujuan memberikan maklumat tentang sesuatu kejadian atau peristiwa kepada pembaca.
2). Ketika menulis karangan jenis ini, anda diperlu memikirkan lima persoalan, iaitu, apa, siapa, bila, di mana dan mengapa.
3). Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, dan padat.
4). Elakkan pengunaan bahasa yang berbunga-bunga serta penggunaan ayat yang panjang-panjang.
5). Isi yang paling utama hendaklah didahulukan. Isi yang kurang penting dikemudiankan.
6). Untuk meyakinkan pembaca, tulislah sedutan kata-kata orang yang berkaitan dengan berita yang ditulis.
7). Tulis setiap isi penting dalam satu perenggan.
8). Karangan setiap isi penting dalam satu perenggan.
9). Format karangan ini adalah seperti yang berikut :
(a). Nama tempat - ditulis dengan huruf besar di sebelah kiri perenggan pertama dan diikuti tanda koma.
(b). Hari - ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
CONTOH KARANGAN :
REMBAU, Ahad – Pejabat Daerah Rembau diminta bertindak segera bagi mengatasi masalah kerosakan jalan raya di Kampung Solok.
Kerosakan ini berlarutan selama tiga tahun. Sebagai
akibatnya, pelbagai kesulitan dialami oleh penduduk kampung berkenaan.
Seorang Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung berkata
bahawa biarpun perkara tersebut sudah beberapa kali diadukan, namun masih tiada
tindakan yang diambil.
“Jalan raya inilah satu-satunya laluan untuk keluar
dan masuk kampung ini. Kami tidak mempunyai pilihan lain. Jadi, kami merayu
kepada pihak-pihak yang berkenaan agar mengatasi masalah kami ini,” katanya
lagi.
Jalan raya yang berlubang di sana sini itu
membahayakan para pengguna. Beberapa kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku
dan semakin kerap terjadi akhir-akhir ini.
Daripada tinjauan yang dilakukan, didapati bahawa
keadaan jalan raya tersebut semakin buruk sejak lori-lori besar memasuki
kampung tersebut. Lori-lori tersebut mengangkut kayu balak dari hutan di
pinggir kampung.
best
ReplyDeletetq..
ReplyDeletety
ReplyDeletetq
ReplyDelete:)
tq
ReplyDelete:)
👍👍👍Omg,my essay has done.
ReplyDelete