1). Karangan jenis ini memerlukan anda melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.
2). Biasanya laporan yang ditanyakan ialah laporan kegiatan persatuan, lawatan, upacara, mesyuarat dan sebagainya.
3). Soalan biasanya menghendaki anda mengandaikan diri anda sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari atau anggota jawatankuasa persatuan.
4). Dalam penulisan, anda perlu benar-benar mengetahui perkara atau peristiwa yang hendak anda laporkan.
5). Butiran yang dilaporkan mestilah tersusun.
6). Catat perkara penting sahaja dengan mengutamakan fakta laporan.
7). Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, dan tepat.
8). Perkara-perkara yang perlu dimuatkan dalam laporan ialah :
(a) tajuk laporan
(b) kandungan laporan
(c) pengakuan pelapor
9). Ketika membuat laporan, anda perlu memikirkan persoalan-persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana dan mengapa.
10). Laporan mempunyai suatu format khusus yang mesti anda ikut.
11). Format tersebut adalah seperti yang berikut :
(a) Tajuk laporan - digasrisi seluruhnya dan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata.
(b) Isi laporan - ditulis bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup, sama seperti karangan biasa.
(c) Tarikh - ditulis di sebelah kanan, setentang dengan pengakuan pelapor. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan dibubuh tanda koma (,) selepas pengakuan tersebut.
(d) Pengakuan pelapor - ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir, yakni sesudah melangkaui dua atau tiga baris kosong.
(e) Tanda tangan - ditulis di bahagian bawah pengakuan pelapor.
(f) Nama penuh dan jawatan pelapor - ditulis dengan huruf besar dan di dalam kurungan. Nama jawatan pula ditulis di bawah nama.
CONTOH KARANGAN :
Laporan tentang
Aktiviti Persatuan Kompang
Persatuan kompang ini ditubuhkan pada 2010. Pada
mulanya persatuan ini mempunyai 35 orang ahli. Tetapi kini jumlah ahli telah
bertambah menjadi 70 orang.
Pada 25 Oktober 2011, mesyuarat agong telah diadakan
untuk memilih ahli jawatankuasa yang baru. Yang berikut adalah nama
jawatankuasa yang dilantik.
Pengerusi : Saudara Ibrahim bin Arbak
Setiausaha : Saudara Saadon bin Baharom
Bendahari : saudari Masnizah binti Masud
Ahli Jawatankuasa
: Saudara Ismail bin Leman
Saudari Syakinah binti Borhan
Pada cuti semester pertama, pertandingan paluan
kompang antar sekolah-sekolah di daerah Batu Gajah telah diadakan. Dalam
pertandingan tersebut, pasukan kompang sekolah ini menjadi juara.
Pada cuti semester kedua, persatuan ini mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Shah Alam yang menganjurkan kursus seni Muzik. Pada bulan Jun
pula, persatuan kompang turut memeriahkan Hari Ibu Bapa. Ahli-ahli diberi tugas
menyambut kedatangan ibu bapa dengan paluan kompang.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Persatuan Kompang
sekolah ini diundang untuk mengambil bahagian. Satu pasukan kompang dibentuk
untuk menyertai perbarisan yang diadakan.
Persatuan bercadang menganjurkan pelbagai kegiatan
yang menarik dan berfaedah pada tahun hadapan. Mudah-mudahan rancangan tersebut
dapat dilaksanakan.
Disediakan oleh, 5
November 2011
.....................................
(SAADON BIN BAHAROM)
Setiausaha Persatuan Kompang,
Sekolah Kebangsaan Batu Gajah.
No comments:
Post a Comment