1). Surat tidak rasmi adalah bersifat peribahasa. Biasanya surat ini ditulis kepada ahli keluarga, sahabat handai, atau saudara-mara.
2). Surat tidak rasmi ada beberapa jenis. Contohnya :
(a) surat untuk menanyakan khabar
(b) surat tahniah dan takziah
(c) surat undangan dan ucapan
3). Biarpun bersifat peribadi, untuk tujuan UPSR penulisan surat tidak rasmi mestilah dalam bahasa baku dengan penggunaan tanda baca yang betul.
4). Oleh itu, penggunaan kata-kata singkatan dalam bahasa basahan seperti ni, dah, tu, tapai da sebagainya tidak digalakkan.
5). Supaya surat rasmi lebih menarik, penggunaan kiasan atau peribahasa amat digalakkan.
6). Surat tidak rasmi mempunyai suatu format khusus yang mesti anda ikut.
7). Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti yang berikut.
(a) Alamat pengirim - ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.
(b) Tarikh - ditulis di bawah alamat pengirim dan dibubuh tanda noktah (.) di hujungnya.
(c) Pembuka kata - ditulis ke dalam sedikit selepas diselang satu atau dua baris daripada tarikh.
(d) Kata ganti diri penerima - ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat.
(e) Isi - perlu ditulis berdasarkan tujuan penulis dan dibahagikan kepada beberapa perenggan.
(f) Penutup - ditulis dengan ringkas seperti diakhiri dengan salam.
(g) Tanda tangan - ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat. Sebelum itu tulislah "Yang benar", "Yang ikhlas", atau sebagainya.
CONTOH KARANGAN :
3-A, Jalan Dapat,
73902 Bukit Baru,
Melaka.
30 April 2011.
Menemui sahabatku Suzana yang diigati selalu, semoga
berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas
kejayaan saudari memenangi tempat pertama dalam mengarang cerpen baru-baru ini.
Saya berasa bangga akan kejayaan saudari itu.
Saya
mengetahui berita ini melalui Akhabr Dalam Darjah, Berita Harian. Saya sudah
membaca cerpen saudari dalam malajah Media Pendidik. Cerpen tersebut sungguh
menarik dan bermutu.
Pada pandangan saya, saudari mempunyai bakat besar untuk
menjadi penulis terkenal. Saya berharap agar kejayaan ini akan menjadi
pendorong kepada saudari untuk terus bergiat dalam arena penulisan.
Saya akan sentiasa berdoa agar saudari terus berjaya
dalam bidang penulisan. Semoga saudari akan menjadi penulis yang dikagumi.
Sekian saja untuk kali ini. Sambutlah salam mesra
daripada saya.
Sahabatmu,
Eva Marlaenie
hey it been a great help :) and also it's the correct one i've been looking for. the qustion it's from my tex book and here are the answers... :)
ReplyDeleteDewacintaqq.com
ReplyDeletelink alternatif Dewacintaqq
http://94.237.47.134/?ref=NISA21
dcpoker99
simbolcinta
gemarq
oppaiqq
procintaqq
kartucinta99
maniak99
dcqq88
1001cinta
dewacintaqq
dewacintaqq.com