KARANGAN JENIS UCAPAN/SYARAHAN

BIMBINGAN BESTARI :

1).   Ucapan atau syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu majlis.
2).   Itulah sebabnya tajuk ucapan atau syarahan perlu diketahui terlebih dulu.
3).   Tujuan ucapan atau syarahan adalah untuk memberikan penrangan, penjelasan dan pengetahuan.
4).   Supaya tujuan ini tercapai, isi perlu disampaikan dengan bernas, tepat, dan logik serta diperkukuh dengan huraian dan contoh yang menyakinkan.
5).   Agar apa-apa yang diucapkan dapat difahami dengan mudah, sebaik-baiknya isis-isi ucapan ditulis dengan tersusun.
6).   Bahasa yang digunakan pula haruslah baku, mudah, ringkas dan padat.
7).   Untuk isi-isi yang dianggap penting dan perlu diberi penegasan, penggunaan ayat tanya atau pengulangan ayat-ayat tertentu boleh dilakukan.
8).   supaya ucapan menarik didengar, elok juga kiasan dan peribahasa digunakan di mana-mana perlu.
9).   Penulisan ucapan atau syarahan mempunyai suatu firmat yang khusus yang mesti diikuti.
10). Format ucapan atau syarahan tersebut adalah seperti yang berikut :
       (a) Pembuka kata (pendahuluan) - dimulakan dengan kata alu-aluan kepada hadirin mengikut tingkat kedudukan masing-masing. Misalnya, "Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Guru Besar, Yang Berusaha Guru Penasihat persatuan, dan hadirin sekalian".
       (b) Isi - dimulakan dengan ucapan terima kasih dan sebab ucapan diberikan sebelum isi-isi ucapan yang sebenarnya dinyatakan.
       (c) Penutup - diakhiri dengan kesimpulan untuk ucapan dan diikuti kata-kata yang menandakan bahawa ucapan akan selesai. Misalnya, "Setakat inilah saja yang hendak saya sampaikan dan saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih".


CONTOH KARANGAN :


   Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Cikgu Mutalib bin Wahab, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluan untuk berucap pada pagi ini.
Hadirin Sekalian,
   Majlis ini diadakan sempena persaraan Guru Besar kita, Cikgu Mutalib bin Wahab pada akhir bulan ini. Segala jasa, pengorbanan, dan nasihat beliau tidak akan luput daripada ingatan.
    Beliau telah kembali menjadi Guru Besar di sekolah ini selama sepuluh tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai perubahan telah diusahakannya.
   Cikgu Mutalib telah berusaha menyediakan segala kemudahan untuk kelesaan kita. Sebagai hasilnya, banyak kejayaan yang yelah kita capai hingga sekolah kita dipilih sebagai sekolah contoh di daerah ini.
   Saya bagi pihak guru-guru dan murid-murid memohon maaf kepada Cikgu Mutalib atas segala kesilapan yang telah kami lakukan. Kami berdoa agar beliau berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya.
   Sekianlah saja ucapan saya. Akhir kata, selamat bersara saya ucapkan kepada Cikgu Mutalib. Terima kasih.

1 comment: