1). Untuk menulis karangan jenis ini, anda haruslah terlebih dahulu memahami maksud peribahasa yang diberikan.
2). Terdapat dua teknik penulisan karangan jenis ini, iaitu teknik huraian dan teknik cerita.
3). Bagi teknik hurainan, anda harus menghuraikan maksud peribahasa itu dengan jelas.
4). Kemudian, kaitkan peribahasa itu dengan peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama.
5). Misalnya peribahasa "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" sama maksudnya dengan peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
6). Seterusnya. huraikan pengajaran daripada peribahasa tersebut serta berikan contoh-contohnya.
7). Bagi teknik cerita pula, cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan karangan bentuk cerita. Cerita yang disampaikan perlulah berkaitan dengan tajuk peribahasa tersebut.
8). Kaitkan maksud peribahasa dengan perananya dalam masyarakat.
9). seperti karangan lain, penulisan karangan ini perlu mempunyai permulaan, kemuncak dan kesimpulan.
10). Cerita anda boleh merupakan rekaan atau berdasarkan pengalaman anda.
CONTOH KARANGAN :
“Kalau
tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya” bermaksud sesuatu keinginan
tidak akan tercapai kalau tidak
berusaha.
Peribahasa
ini mempunyai maksud yang sama dengan maksud peribahasa “ pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke
seberang”. Peribahasa ini mengingatkan kita supaya berusaha untuk mencapai
kejayaan.
Sebagai
contoh, jikalau seseorang petani itu malas dan tidak mengusahakan tanahnay,
tanah itu akan akan ditumbuhi lalang. Tiada hasil yang diterimanya, sedangkan
sumber rezeki keluarganya bergantung pada hasil tanah itu.
Peribahasa
ini boleh dijadikan panduan untuk pelajar. Sekiranya seseorang pelajar hendak memperoleh kejayaan
dalam pelajaran, dia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Oleh itu,
kita harus meninggalkan tabiat malas. Kita perlu bersikap rajin dan
meningkatkan usaha agar memperoleh kejayaan.
Kita perlu
berusaha untuk memperoleh kesenangan dan kejayaan. Orang tua-tua pernah berkata
“yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang”.
good job
ReplyDelete