1). Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang sekiranya bercadang menulis karangan jenis ini.
2). Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
3). Karangan jenis ini mempunyai beberapa ciri iaitu :
(a). memberikan arahan dan petunjuk
(b). menerangkan bagaimana proses sesuatu perkara itu terjadi.
(c). menerangkan peranan seseorang.
(d). menerangkan peraturan.
4). Gunakan bahasa yang tepat, mudah dan logik untuk menulis karangan jenis ini.
5). Kemukakan isi karangan secara tersusun sesuai dengan tajuk yang diberikan.
6). Carilah isi-isi penting dan pecahkan kepada tiga bahagian, iaitu :
(a). pendahuluan
(b). isi
(c). penutup
7). Untuk memperkukuh isi dalam perenggan, huraian serta contoh perlu dimuatkan.
8). Tidak ada format khusus yang harus anda ikut bagi karangan jenis fakta ini.
CONTOH KARANGAN :
Ulam-ulam dimakan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Antara ulam yang biasa dimakan termasuklah petai, jering, daun pegaga, kemangi, ulam raja dan sebagainya.
Ulam-ulam ini banyak mempunyai khasiat. Ulam-ulam ini
banyak berisi vitamin A dan zat besi yang diperlukan oleh tubuh kita.
Ulam pegaga contohnya, banyak berisi Vitamin A.
Vitamin A amat penting untuk kesihatan mata dan kulit kita. Selain itu, pegaga
banyak berisi zat besi juga. Zat besi perlu untuk pembentukan darah dalam badan
kita.
Di samping itu, ulam-ulam ini dapat juga menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit. Ulam seperti petai dan jering dapat menyembuhkan
penyakit kencing manis.
Kerana khasiatnya ini, kempen makan ulam pernah
dilancarkan. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk mengalakkan masyarakat
makan ulam.
Jadikanlah makan ulam suatu amalan. Hal ini demikian
kerana ulam-ulam ini mudah diperoleh dan baik untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment