KARANGAN JENIS PERIBAHASA

BIMBINGAN BESTARI :

1).   Untuk menulis karangan jenis ini, anda haruslah terlebih dahulu memahami maksud peribahasa yang diberikan.
2).   Terdapat dua teknik penulisan karangan jenis ini, iaitu teknik huraian dan teknik cerita.
3).   Bagi teknik hurainan, anda harus menghuraikan maksud peribahasa itu dengan jelas.
4).   Kemudian, kaitkan peribahasa itu dengan peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama.
5).   Misalnya peribahasa "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" sama maksudnya dengan peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
6).   Seterusnya. huraikan pengajaran daripada peribahasa tersebut serta berikan contoh-contohnya.
7).   Bagi teknik cerita pula, cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan karangan bentuk cerita. Cerita yang disampaikan perlulah berkaitan dengan tajuk peribahasa tersebut.
8).   Kaitkan maksud peribahasa dengan perananya dalam masyarakat.
9).   seperti karangan lain, penulisan karangan ini perlu mempunyai permulaan, kemuncak dan kesimpulan.
10). Cerita anda boleh merupakan rekaan atau berdasarkan pengalaman anda.


CONTOH KARANGAN :


“Kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya” bermaksud sesuatu keinginan tidak  akan tercapai kalau tidak berusaha.
Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan maksud peribahasa “ pengayuh  sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang”. Peribahasa ini mengingatkan kita supaya berusaha untuk mencapai kejayaan.
Sebagai contoh, jikalau seseorang petani itu malas dan tidak mengusahakan tanahnay, tanah itu akan akan ditumbuhi lalang. Tiada hasil yang diterimanya, sedangkan sumber rezeki keluarganya bergantung pada hasil tanah itu.
Peribahasa ini boleh dijadikan panduan untuk pelajar. Sekiranya  seseorang pelajar hendak memperoleh kejayaan dalam pelajaran, dia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Oleh itu, kita harus meninggalkan tabiat malas. Kita perlu bersikap rajin dan meningkatkan usaha agar memperoleh kejayaan.
Kita perlu berusaha untuk memperoleh kesenangan dan kejayaan. Orang tua-tua pernah berkata “yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang”.

1 comment: